Cikgu Nuar: Aini bangun...jawab soalan
cikgu..
Ayat manakah yang berikut adalah
betul?
A- Anak yatim itu dipukul oleh
ayahnya.
B- Anak yatim itu dipukulkan ayahnya.
C- Anak yatim itu pukul ayahnya.
D- Anak yatim itu ayahnya dipukul.
Aini: Mestilah jawapan yang betul
adalah A cikgu!!
Cikgu Nuar: Salah ! Berdiri atas kerusi
sekarang...
Aini: Kenapa salah pulak cikgu? betul
la saya jawab..
Cikgu Nuar: Mana ada yang
betul...semua salah...anak yatim mana
ada ayah !
Aini: -_- ...............(hampeh punye cikgu)


Situasi: kedai runcit kampung.Ada seorang budak mahu beli
gula..

Budak : Auntie!! ada gula kah?
Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam sama belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..) ..
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu
semut tidak nampak..!



Sepuluh - Rasa malu bila bercakap dgn dia. 
Sembilan - Anda perasan anda tersenyum bila bercakap dengannya. ... 
Lapan - Kalau terlihat dia , tak nmpk orang lain. 
Enam - Sentiasa teringat dia . 
Lima - Happy bila bercakap dengannya. 
Empat -Akan cuba sedaya upaya untuk berhubung dengannya . Tiga -Apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia. 
Dua - Anda tengah senyum sorang2 sekarang.. 
Satu - Sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan nombor tujuh tak ada dalam senarai...



Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil.
'alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing.
Adohh... malu pulak leh nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.

Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai.
Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency.
'macam mana nak buat ni'
Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir.
'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan
jayanya...

Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'

Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit.
'sapa yg #@#@##@% &^ ludah kat luar tadi hahhh !!!!
baik korang mengaku!!!'

Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri.
'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.
'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.

Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...'
Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu.

'Makcik diam!', kata Mamat tu.
'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia!!' jerit Mamat tu!!!




Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan, pergi memancing kat sungai.Dalam bosan-bosan menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: aku ada satu cerita.
Hassan: cerita ape?
Ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
Hassan: yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad :satu hari aku pergi memburu.
Hassan : memburu.
Ahmad : aku masuk ke dalam hutan.
Hassan : hutan.
Ahmad : tiba-tiba aku rasa nak terberak.
Hassan : berak.
Ahmad : aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad : aku pun berak.
Hassan : berak.
Ahmad : satu hari yang lain aku pergi memburu lagi.
Hassan : lagi.
Ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan : dulu.
Ahmad : aku lihat tahi aku sudah tak ada.
Hassan : ada.
Ahmad : aku pun tertanya-tanya.
Hassan : tanya.
Ahmad : siapa makan tahi aku?
Hassan : aku............